alhamdullilah, pada 31 Januari 2008 bersamaan 22 Muharram hari Khamis yang lepas, aku dan arina telah menerima seorang cahaya mata lelaki yang telah ku berikan namanya Muhammad Adlan. Adlan yang membawa maksud 'keadilan'. sudah lama nama ini difikirkan oleh aku dan arina. cuma menunggu kehadirannya dalam hidup kami menjadikan semuanya cukup sempurna. Walaupun Arina tidak dapat melahirkan Adlan secara normal (operation) disebabkan Adlan berada dalam keadaan songsang, tetapi alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik dan seperti yang diharapkan. Disini aku tatapkan gambar Muhammad Adlan buat teman-teman fotopages. Doakan Adlan dan juga kami berjaya menjadi papa and mama yang baik dan membentuk Adlan menjadi insan yang soleh, berilmu dan bertaqwa